Thursday 8 December 2011

Cara Config modem aztech DSL1000EW(L)

Bagi pengguna Modem Aztech model DSL1000EW(L)

Sebenarnya saya mghadapi masalah untuk config modem saya ni. Saya telah membuat laporan kerosakan kepada TM, techniciannya datang repair tapi tak jalan juga. Modem asal yang dibekalkan TM ialah jenama D-Link. Saya telah gantikan dengan modem baru sebab telah rosak disambar petir.
Apapun ini caranya

Langkah pertama sambungkan kabel internet di antara modem dan computer/ labtop.

Pada address taipkan: http://192.168.0.1/1

Seterusnya masukkan username : admin
dan password : admin

click Quickstart dan taipkan data-data seperti paparan berikut

userrname : address streamyx anda
Password: password streamyx anda





SSID: masukkan sebarang nama yang anda pilih
(default: aztech)

Network key : merupakan password wifi anda
(default: aabbccddee)

akhir sekali click butang Save/Apply



 

Senarai Pemain Bolasepak Kelantan 2012

1 : Shahrizan Ismail
2 : Azizi Matt Rose
3 : S.Subramaniam
4 : Emmanuel Okime ( Ghana )
5 : Nik Shahrul Azim
6 : Farisham Ismail
7 : Ramzul Zahini Adenan
8 : Shakir Shaari
9 : Shahrul Idlan Talaha
10 : Norfarhan Muhammad
11 : Aziz Ismail
12 : Nurul Azwan Roya
13 : Indraputra Mahyuddin
14 : Zamri Ramli
15 : Daudsu
16 : Badhri Radzi
17 : Rizal Fahmi
18 : Denny Antwi ( Ghana )
19 : Khairul Fahmi Che Mat
20 : Syazwan Yusof ( Penjaga Gol Piala Presiden )
21 : Reserve
22 : Muhammed Ghaddar ( Lebanon )
23 : S.Chanturu
24 : Zairol Fitree Ishak
25 : Azlan Ismail
26 : Izuan Solahuddin
27 : Khairul Izuan Rosli
28 : Aris Zaidi

JURULATIH:Peter James Butler

Wednesday 7 December 2011

Wednesday 1 June 2011

Tazkirah 1

Hadith:
DARI Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda:
"Hati seorang tua tetap muda dalam hal mencintai dua perkara iaitu dalam hal mencintai hidup dan harta benda."  Riwayat Muslim

Huraian Hadith:
Kehidupan ini akan menjadi indah jika kita sentiasa bersemangat untuk meneruskan hayat.
Dengan perkataan lain apabila semakin tua usia kita, jiwa kita semakin muda.

Tetapi muda di sini bukanlah bermaksud menganggap kematian itu masih jauh sehingga tidak kenal erti taubat dan tidak habis-habis melakukan maksiat yang walaupun usia sudah lanjut, 'rumah kata pergi, kubur kata mari', masih juga bergelumang dengan dosa.

Hal yang demikian ini merupakan suatu yang amat merugikan.
Oleh sebab itu kita diminta untuk merebut 5 peluang sebelum tiba 5 rintangan iaitu
         waktu kaya sebelum miskin,
         waktu senang sebelum sibuk,
         waktu sihat sebelum sakit,
         waktu muda sebelum tua dan
         waktu hidup sebelum mati.

Maka sebagai insan yang percayakan kedatangan hari kiamat dan kematian itu akan datang pada bila-bila masa, tidak harus menanamkan kecintaan berlebihan terhadap dunia kerana esok sebenarnya bukanlah satu kenyataan.

Bahkan kenyataannya adalah di saat-saat sekarang. Oleh itu jalan yang paling selamat ialah dengan berpegang pada prinsip bahawa seseorang itu harus berusaha (bekerja) seolah-olah dia akan hidup selama-lamanya dan beribadat seolah-olah dia akan mati pada esok hari.

Saturday 1 January 2011

Kisah Klakar

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
"Bentuk macam taik."

Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
"Lembik...macam taik."

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,
"Bau macam taik."

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut.
Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...
"MEMANG TAIK!
NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"