Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa sahaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.
Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.
(Surah al-Dhuha : 1-5 )
Firman Allah s.w.t :
Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.
(Surah al-Dhuha : 1-5 )
Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.
Waktunya
Dari setelah matahari meninggi sejengkal , lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak, iaitu tengahhari. Tidak boleh dilakukan sebelum dan sesudah batas waktu tersebut.Rakaatnya
Dari paling sedikit dua rakaan dan mengikut riwayat yang sah paling banyak 12 rakaat. Tidak boleh dilakukan kurang daripada dua rakaat.
Tatacaranya
Setelah pasti masuknya waktu Dhuha, maka lakukanlah dalam keadaan berwuduk . Dilakukan dua rakaat dan ditutup dengan salam atau boleh juga dilakukan dengan empat rakaat satu kali salam.
Rakaat Pertama
1. Niat dalam hati dengan berkata, " Sahaja Saya solat Dhuha dua/empat rakaat kerana Allah "
2. Takbir
3. Baca Doa Iftitah
4. BacaTa'awwudz
5. Baca Surah al-Fatihah
6. Baca apa-apa sahaja surah dipilih
7. Takbir dan rukuk
8. Iktidal dan bacaannya
9.Sujud dan bacaannya
10. Duduk dan Bacaannya
11. Sujud dan bacaannya
12. bangun rakaat kedua dengan takbir.
Rakaat kedua
1. Baca surah al-Fatihah
2. Baca apa-apa ahaja surah yang dipilih
3. Takbir dan rukuk
4. Iktidal dan bacaannya
5. Sujud dan bacaannya
6. Duduk dan bacaannya
7. Sujud dan bacaannya
8. Duduk tahiyat akhir dan bacaannya
9. Salam Penutup
Kemudian kalau di kehendaki, ditambah dua rakaat lagi dengan mengulangi cara tertera di atas dan seterusnya hingga 12 rakaat semuanya.
Pada sujud yang terakhir pada setiap dua rakaat kita sebutkan segala doa dan hajat kita, kita boleh sujud berapa lama dan meminta sebanyak doa yang di khendaki.
Solat Sunat Dhuha adalah antara solat individu yang tidak boleh dilakukan secara berjemaah.
"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu,
ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh perdekatannya
dan jika ada hampir maka permudahkannya
dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."